Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya Aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.
Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing.
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'Nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.
Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-
Putih - jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia beerti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.





Oren - jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat.Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Penyucian, pembersihan, penyusunan dan pembentukan aura menurut keseimbangannya boleh dilakukan dengan Hidroterapi Ais, menggunakan Aromatheraphy Vibration Seri Wajah dan garam. Formula Sinar juga boleh membantu. Selain itu sentiasalah hening, tenang, sabar, syukur dan ikhlas di dalam rahsia berwudhuk dan mandi supaya tubuh mewujudkan aura dalam imej yang semulajadi.
No comments:
Post a Comment